BUAT DUIT ONLINE - USD1000 SEBULAN, MASIH PERLU MAKAN GAJI?
Salam buat duit online kepada semua
pembaca blog ni. Selamat menyambut awal muharam tahun 1433 hijrah.
Semoga tahun baru hijrah ini memberikan semangat baru dalam hidup kita
ke arah lebih cemerlang dan gemilang.
Perayaan krismes semakin dekat dan seperti
biasa setiap tahun, penjualan barang-barang meningkat secara mendadak.
Seperti kita maklum budaya penduduk negara-negara barat ialah
bertukar-tukar hadiah sesama mereka setiap kali musim perayaan dan
sebagai penjual online, korang perlu mengambil peluang keemasan ni untuk
memasarkan produk korang dengan lebih giat kepada pelanggan-pelanggan
di luar negara, khususnya dari Amerika, Britain, Australia, Canada dan
negara-negara Eropah yang lain.
Samada korang menggunakan platform pihak ketiga seperti eBay atau menggunakan blog sendiri kedua-duanya boleh menjana keuntungan. Cuma apabila korang guna platform
pihak ketiga, kos yang perlu dibayar agak tinggi, berbanding menjual
barang-barang di blog/website sendiri, dimana korang hanya perlu
mengeluarkan belanja untuk domain dan webhosting.
Kita lihat realiti kehidupan kita,
agak-agak berapa ramai yang ikhlas untuk bekerja makan gaji, berapa
ramai yang ikhlas untuk pergi pagi ke pejabat pulang ke rumah petang
atau malam, menerima arahan daripada bos suruh itu ini.
Bisnes online adalah satu cara terbaik untuk mereka keluar daripada belenggu hidup rat race
tersebut. Kita sering dengar 9 daripada 10 punca rezki ialah melalui
perniagaan, manakala 9 daripada 10 punca pendapatan perniagaan ialah
melalui online. Sudah tiba masa untuk kita berfikir di luar kotak.
Jadi jika korang memilih bidang bisnes online, itu adalah pilihan yang sangat tepat untuk menggantikan kerja makan gaji yang korang tidak berapa minat.
Klau lihat di screen shoot di bawah adalah pendapatan bersih bisnes online
aku yang diterima melalui Paypal tidak sampai sebulan. (selain Paypal,
ada juga bayaran diterima melalui check atau Western Union). Bukan nak
bangga diri, sekadar pencetus semangat untuk semua. Ramai lagi pengusaha
online Malaysia yang aku tahu bependapatan lebih darpada 10 ribu
sebulan.
Ini membuktikan pendapatan online boleh memberikan pendapatan lumayan dan menggantikan pendapatan bulanan makan gaji sekiranya dilakukan dengan betul.
Cuba korang pikirkan, majikan mana yang
sanggup membayar 1000 dolar sebulan (lebih kurang 3000 ringgit sebulan)
dengan kerja korang hanya memerlukan kurang daripada 2 jam mengadap
komputer. Sekarang ni kalau nak dapat gaji RM3000 sebulan, kebanyakan
kerja tersebut mensyaratkan kita mempunyai segulung ijazah, atau
berpengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun. Kerja-kerja tersebut
juga memerlukan kita bekerja 8 jam sehari atau lebih dan bekerja
sepanjang tahun dengan cuti rehat yang diperuntukkan ialah selama 20
hari setahun. Bagi mereka yang tidak berminat bekerja makan gaji, itu
adalah perkara yang cukup menyeksakan dalam hidup mereka.Namun mereka
teruskan juga kerja bagi mengelakkan keputusan pendapatan.
Dengan berbisnes online, korang
hanya perlu memperuntukan masa kurang 2 jam sehari dengan hanya berkain
pelekat atau berkain batik di rumah. Kalau pepatah ada mengatakan, ulat
dalam batu pun boleh hidup, pepatah baru yang korang akan dengar harini
ialah orang di depan computer pun boleh hidup. Korang boleh bercuti
sepanjang tahun kerana kerja bisnes online boleh dibuat dimana-mana
sahaja asalkan ada talian internet dan computer.
Tambahan lagi dengan masa yang fleksible tersebut, korang boleh membuat kerja-kerja sampingan yang lain untuk menambah pendapatan untuk diri dan keluarga.
Diharap dengan bermulanya tahun baru hijrah
1433 ini, mindset kita dapat berubah, supaya berfikir di luar kotak
kebiasaan, kerja untuk hidup, bukan hidup untuk kerja. Amacam? Berani
untuk letak jawatan sekarang untuk berbisnes online sepenuh masa?
Fikir-fikirkan dan selamat membuat duit online.
Sumber dan copyright : buat duit online
No comments:
Post a Comment